Pages

Tuesday, February 22, 2011

Peranan gudang

Gudang mempunyai banyak peranan yang tersendiri. Peranan-peranan gudang adalah berbeza dengan dengan fungsi-fungsi dalam pergudangan. Peranan utama gudang ialah untuk mengambil dan menyimpan bahan-bahan mentah dan komponen-komponen di gudang yang berhampiran. Ia menerima bahan mentah dan komponen yang akan digunakan untuk pembuatan produk atau proses-proses pemasangan bahagian-bahagian tertentu. Peranan gudang ini amat penting bagi memastikan kesemua bahan mentah dan komponen di simpan di gudang.


Gudang juga berperanan untuk menyimpan barang separuh siap. Ia mengambil dan menyimpan barang separuh siap untuk dijadikan barang siap. Ia menerima barang separuh siap untuk dijadikan barang siap. Selain itu, peranan gudang ini ialah menyimpan barang siap iaitu produk yang telah siap digunakan. Selain itu, peranan gudang ini juga adalah untuk menyimpan lebihan stok dan dapat mengurangkan risiko yang berbeza diantara jadual pengeluaran dan permintaan. Ini kerana, gudang adalah kawasan atau tempat yang berhampiran dengan tempat pembuatan sesuatu barangan. Ia menjadi kelaziman dalam keseluruhan pergerakan masuk dan pergerakan keluar palet. Pergerakan ini bergantung kepada saiz produk dan keupayaan perkhidmatan berdasarkan saiz palet.

Seterusnya gudang berperanan untuk mengumpul dan mengabungkan barang-barang daripada tempat pembuatan yang berbeza dari semua firma atau banyak firma untuk diletakan dan digabungan dan dihantar ke pengguna awam. Barang-barang ini akan diangkut menggunakan pengangkutan seperti kapal dan kontena. Lokasi gudang mestilah lokasi yang mudah dan bersesuaian atau lokasi yang dijadikan pusat pengagihan pengeluaran kepada pelanggan asas. Pergerakan barangan mestilah dari keseluruhan palet atau sebahagian palet. Kemudahan gudang ini adalah mudah dikawal untuk perulangan pesanan mingguan atau pesanan bulanan.

Selain itu, peranan gudang ini adalah menerima, memilih dan menghantar kiriman-kiriman kecil untuk pengguna individu. Produk diterima dalam kuantiti yang besar dan dihantar dalam jumlah yang lebih kecil. Peranan gudang seterusnya ialah menyediakan kelengkapan gudang. Gudang mestilah terletak di kawasan pesanan yang lebih dekat untuk bertindak dengan cepat terhadap permintaan pengguna. Barang-barang seperti barang individu atau barang campuran mestilah dihantar kepada pelanggan setiap hari mengikut masa yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan nilai-tambah gudang juga merupakan peranan gudang. Melakukan aktiviti seperti melaksanakan termasuk pembungkusan, pelabelan, penandaan, perletakan harga dan proses pemulangan. Peranan gudang ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah bagi sesuatu produk. Hal ini tidak hanya menukar produk tetapi memerlukan bayaran tambahan. Perkhidmatan tersebut umumnya dilakukan bersama dengan fungsi gudang lain.
Gudang juga berperanan untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan secara berterusan dan lancar. Pengeluaran barang-barang dilakukan sepanjang tahun walaupun tiada permintaan. Semasa menunggu permintaan dan penjualan, barang-barang itu disimpan digudang. Barang-barang juga dapat dibekalkan sepanjang tahun. Barang-barang bermusim seperti beras dan gandum dihasilkan pada masa tertentu sahaja, tetapi ia diperlukan sepanjang tahun. Pergudangan membolehkan barang-barang tersebut disimpan supaya bekalannya mencukupi sepanjang tahun.

Selain itu, gudang juga berperanan untuk menstabilkan harga barang-barang. Pergudangan dalam menstabilkan harga barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan barang-barang. Barang-barang yang berlebihan akan disimpan di dalam gudang dan akan dikeluarkan apabila terdapat kekurangan. Penstabilan harga barang-barang amat penting bagi mengelakkan segelintir pihak mendapat kerugian. Pihak pengurusan gudang bertanggungjawab bagi memastikan kestabilan harga barang-barang.

Seterusnya, peranan gudang ialah membolehkan kerja akhir dan pemecahan pukal dilakukan dengan lebih lancar. Semasa barang-barang disimpan di dalam gudang, kerja-kerja seperti menggred, menyukat, menimbang, membungkus dan menjenama boleh dilakukan bagi menjamin barang-barang dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan sebelum barang-barang itu dijual.

Peranan gudang seterusnya ialah memudahkan aktiviti import dan eksport dijalankan. Pergudangan menyediakan tempat untuk pengimport dan pengeksport menyimpan barang-barang mereka sementara menunggu untuk dieksport. Gudang juga menyedikan tempat untuk mempamerkan barang-barang supaya pembeli boleh membuat pemeriksaan sebelum membuat pesanan. Contoh ialah gudang pemborong.

Selain itu, peranan juga ialah menjaga barang yang disimpan dalam gudang terlindung daripada hujan, sinaran matahari dan terselamat daripada kehilangan, kerosakan dan kecurian kerana gudang biasanya dilengkapi dengan alatan keselamatan elektronik yang  canggih seperti sistem pencegah api dan alat penggera. Peranan gudang yang terakhir ialah mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang. Gudang penyetoran sejuk boleh menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.


1 comment:

  1. Ingin melabur bagaimana Cara nya,untuk membina gudang.
    Dan berapa nilainya.

    ReplyDelete