Pages

Tuesday, February 22, 2011

Ciri-ciri gudang yang baik

Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesebuah gudang itu baik atau sempurna. Gudang yang baik mestilah terletak di kawasan yang sesuai.  Kawasan gudang mestilah terletak di kawasan yang strategik supaya ia dapat memudahkan semua pihak. Pemillihan lokasi gudang amat penting untuk memastikan segala aktiviti pergudangan berjalan lancar serta gudang dapat digunakan dengan semaksimum yang mungkin. Gudang yang berfungsi khusus untuk barang tertentu mesti terletak di kawasan yang berdekatan dengan sumber bekalan barang itu.
Contohnya, gudang beras mesti terletak berdekatan dengan kawasan jelapang padi dan gudang penyetoran sejuk pula mesti terletak berdekatan dengan kawasan perikanan. Bagi gudang yang kurang spesifik dari segi jeni barang disimpan, seperti gudang pemborong, lokasi gudang mestilah berhampiran dengan semua pihak yang terlibat. Selain itu, lokasi gudang mestilah strategic dari segi pengangkutan dan komunikasi serta berjauhan dengan kawasan yang selalu ditimpa bencana alam. Contohnya terletak di pintu masuk sebuah negara seperti pelabuhan, lapangan terbang dan terminal-terminal.

Selain itu, gudang mestilah mempunyai ciri keselamatan yang baik. Ciri keselamatan merupakan aspek yang utama dan penting untuk sesebuah gudang untuk mencegah kecurian, kebakaran, kerosakan dan kehilangan. Pihak pengurusan gudang mestilah menyedikan alat pencegah api, pengawal keselamatan dan alat penggera. Insurans mesti diambil untuk melindungi gudang dan barang-barang daripada risiko yang tidak dijangka seperti kecurian dan kebakaran.

Seterusnya, ciri gudang yang baik ialah mempunyai sistem rekod yang teratur dan pengurusan yang cekap. Setiap barang yang dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam gudang mesti direkodkan dengan sempurna di dalam buku stok, kad stok atau komputer. Pengkhususan diamalkan dengan setiap urusan atau bahagian yang dikendalikan oleh pembeli, urusan kejuruteraan dikendalikan oleh pakat jurutera.  Aliran kerja yang tersusun mesti dipraktikkan agar tidak berlaku pertindihan dan pembaziran di samping dapat meningkatkan kecekapan.
Ciri seterusnya ialah gudang mestilah sesuai dengan barang yang disimpan. Setiap gudang yang dibuat mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa jenis gudang di Malaysia seperti gudang penyetoran sejuk. Gudang ini hanya sesuai untuk barangan yang mempunyai kawalan suhu yang minimum dan barangan tahan lama seperti buah-buahan. Barang yang tidak memerlukan perlindungan dari hujan dan matahari boleh disimpan dalam gudang tanpa bumbung untuk menjimatkan kos. Gudang yang berbumbung tetapi tiada dinding sesuai untuk barang seperti kayu.
Selain itu, gudang mestilah mempunyai semua peralatan yang diperlukan agar ia dapat memudahkan semua urusan dan kerja yang dilakukan.  Pihak gudang mestilah memastikan semua peralatan berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Gudang mestilah dilengkapi dengan peralatan moden untuk memudahkan kerja-kerja punggah-memunggah seperti forklif, trak pengangkutan, troli supaya barang-barang dapat dikendalikan dengan lebih cermat, cepat dan selamat. Peralatan ini penting bagi memastikan perjalanan operasi gudang dapat berjalan dengan lancar.

Ciri yang terakhir ialah gudang mestilah mempunyai ruang yang luas dan teratur. Keluasan gudang amat penting untuk memastikan semua barangan dapat disimpan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Ruang gudang yang luas dan lapang membolehkan barang-barang disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis dan kuantiti. Ruang gudang yang luas serta susunan yang kemas akan memudahkan kerja-kerja seperti menggred, menimbang, dan menyukat dilakukan dengan lancar. Ruang gudang yang juga membolehkan pelanggan meneliti barang dan membuat pesanan dengan mudah.

No comments:

Post a Comment