Pages

Tuesday, February 22, 2011

Definisi whistleblowing

Dalam konteks pandangan umum, whistleblowing difahami sebagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu untuk membocorkan rahsia salah laku yang berlaku di dalam sesebuah organisasi tersebut.
Namun, ada beberapa sumber membuat takrifan yang berbeza tetapi membawa maksud yang hampir serupa dan ada pula segelintir individu memberikan pandangan yang bertentangan dengan pandangan menyokong.Sebelum meneliti dengan lebih lanjut, difahamkan bahawa whistleblowing dikategorikan kepada 2 iaitu: whistleblowing internal dalaman) dan whistleblowing external (luaran). Whistleblowing internal (dalaman) membawa maksud apabila seseorang itu mengetahui terdapat salah laku individu lain dalam organisasi dan kemudiannya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan.Manakala whistleblowing external (luaran) pula adalah apabila individu itu mendedahkan salah laku yang terdapat di dalam organisasi kepada masyarakat luar; dimana salah laku tersebut mengakibatkan kerugian kepada masyarakat. Berikut adalah beberapa pandangan tentang whistleblower dan whistleblowing.
Menurut Ahmad Kamil Mohamed (2006), whistleblowing merujuk kepada pendedahan oleh individu pekerja terhadap amalan atau kegiatan yang dilihat menyalahi undang-undang, tidak bermoral dan tidak beretika, berbahaya dan membazir. Maklumat ini biasanya akan dilaporkan dan didedahkan kepada pihak yang bertanggungjawab sama ada pihak pengurusan, media, kesatuan pekerja, badan professional ataupun pihak penguatkuasaan undang-undang.
Near and Miceli (1984) - Whistleblower adalah pendedahan oleh ahli organisasi sama ada oleh mereka yang masih bekerja atau telah meletak jawatan terhadap tingkahlaku yang bertentangan, tidak bermoral atau tindakan yang tidak sah di dalam organisasi, kepada orang perseorangan atau organisasi yang boleh memberi kesan kepada tindakan tersebut.
Whistleblowing melibatkan tiga perkara iaitu
(i)            Seseorang melakukan aktiviti yang tidak beretika
(ii)           Orang yang melihat tingkahlaku tersebut serta melaporkannya; dan
(iii)          Orang yang menerima laporan salahlaku tersebut.
Vinten (2002) – Tindakan memberitahu (whistleblower) kepada organisasi tentang perbuatan yang bersalahan atau tidak beretika yang mempunyai nilai moral yang rendah, merbahaya, tidak diingini serta boleh memusnahkan dan membazir.
Jaafar Muhamad et al (2000) - Tindakan individu (whistleblower) yang melaporkan gelagat tidak beretika majikan mereka kepada pihak lain yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Glazer dan Glazer (1989) - Membahagikan whistleblower kepada dua bahagian iaitu dalaman (internal) dan luaran (external).
(i)            Whistleblowing dalaman merujuk kepada satu proses di mana pekerja bertindak melakukan pendedahan terhadap tingkahlaku dan kegiatan yangi tidak beretika yang berlaku di dalam organisasi sementara
(ii)           Whistleblowing luaran merujuk kepada saluran di luar organisasi yang turut membuat pendedahan terhadap sebarang tingkahlaku dan aktiviti yang tidak beretika. Saluran-saluran luaran ini adalah seperti pihak media massa dan elektronik, dan kumpulan berkepentingan awam.
Pandangan menyokong whistle blowing oleh Dworkin & Nera, (1997) – adalah sebagai suatu bentuk tindakan kewarganegaraan yang baik dan layak diberi penghargaan.
Whistleblower sedar kesannya ke atas reputasi dan prospeknya dalam syarikat tersebut berhadapan risiko, tetapi sedar akan kewajiban moralnya terhadap masyarat, maka individu itu berani tampil memberi keterangan.
Bertentangan dengan definisi dan pandangan diatas diyatakan oleh:
Vardi dan Wiener (1996) - Whistleblower membuat tindakan menyalahi peraturan pekerjaan dan tidak melaksanakan tanggunjawab menjaga reputasi organisasi yang mana harus dipatuhi oleh semua pekerja.
Menurut Moberg (1997) tindakan whistleblowing ini dikategorikan sebagai pengkhianatan terhadap organisasi atau syarikat.
Penelitian Near & Miceli mengungkapkan bahawa whistleblower lebih memilih melakukan aksi balas dendam apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan dari pihak atasan sehingga ketahap yang serius. Apabila mencapai tahap tersebut maka  whistleblower akan mewar-warkan kepada orang awam berkenaan isu tidak beretika dan kegiatan salah laku dalam organisasi tersebut.
Secara generalnya, penyebar whistleblowing sama ada dalaman atau luaran dianggap melakukan sesuatu yang bermoral sekiranya mereka berniat untuk menghalang sebarang musibah yang mungkin berlaku kepada masyarakat awam atau ke atas persekitaran. Maka adalah sesuatu yang tidak adil untuk menghukum whistleblower yang melakukan tindakan bermoral semata-mata untuk membalas dendam terhadap akibat pendedahan salah laku tersebut. 

1 comment: