Pages

Tuesday, February 22, 2011

Fungsi-fungsi gudang

Terdapat beberapa fungsi gudang. Kesemua fungsi ini amat penting dalam operasi pergudangan. Antara fungsi gudang ialah penerimaan barangan, pra pembungkusan barangan, putaway, tempat penyimpanan barangan, mengangkut pesanan, pembungkusan dan perletakan harga, pengasingan barangan dan penghantaran.


Gudang berfungsi sebagai membuat penerimaan pesanan semua barang-barang ke dalam gudang. Selain itu, pihak pengurusan gudang juga akan membuat perjanjian mengenai kuantiti dan kualiti jenis barangan yang dipesan. Pembayaran mestilah dibuat untuk barang-barang yang disimpan di gudang. Pembayaran ini termasuk bayaran penyewaan ruang penyimpanan dan bayaran yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Selain itu, fungsi gudang juga ialah terlibat dalam proses pra pembungkusan barangan atau produk. Pra pembungkusan ini akan dibuat apabila produk yang diterima itu dalam keadaan saiz yang besar. Pembungkusan mestilah dibuat satu demi satu dalam kuantiti barang-barang yang diperlukan untuk penjualan atau barangan itu digabungkan dengan bahagian-bahagian lain sesuatu barangan untuk jualan tertentu. Apabila pihak gudang menerima barangan itu dalam keadaan yang lengkap, proses hanya dilakukan sekali atau satu bahagian mungkin akan dibungkus dalam saiz yang besar utnuk diproses kemudian. Ini kemungkinan disebabkan apabila banyak pembungkusan ia akan meningkat kiub atau kotak pembungkusan untuk penyimpanan barang-barang keperluan.

Seterusnya, gudang berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang di ruang yang telah disediakan dan ditetapkan. Ini termasuk pengawalan barangan, menentukan lokasi dan menempatkan  produk. Dalam fungsi putaway ini, gudang bertanggungjawab dalam mengawal barangan. Selain itu, pihak gudang mestilah menentukan lokasi atau tempat yang sesuai untuk menyimpan barang-barang agar barang-barang sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Fungsi gudang seterusnya ialah sebagai ruang penyimpanan barang-barang atau produ. Ruang penyimpanan ini akan mengawal fizikal barangan ketika menunggu permintaan. Kaedah ruang penyimpanan bergantung kepada saiz dan kuantiti  produk dalam inventori dan pengawalan produk atau kontena.

Gudang juga berfungsi sebagai proses pengangkutan barangan. Proses memindahkan produk daripada ruang penyimpanan untuk memenuhi satu permintaan yang  spesifik. Ini merupakan perkhidmatan utama gudang untuk pelanggan. Pengangkutan barangang adalah proses yang paling penting kerana barang-barang akan diangkut dari pelabuhan ke gudang. Justeru itu, pihak gudang mestilah memastikan barangan yang diangkut itu selamat.

Selain itu, pembungkusan atau perletakan harga juga merupakan fungsi gudang. Pembungkusan atau perletakan harga merupakan langkah selepas proses pemilihan pesanan. Dalam proses fungsi pra pembungkusan, produk tunggal atau produk campuran akan dimasukkan ke  dalam kontena yang sesuai untuk mengelakkan daripada gangguan atau masalah yang akan dihadapi terhadapa produk tersebut. Fungsi pembungkusan ini mestilah dilakukan selepas fungsi pemilihan pesanan. Ini dapat mewujudkan kelebihan terhadap produk tersebut dan dapat dibekalkan dalam keadaan yang lebih fleksibel dengan menggunakan inventori yang sedia ada.  Produk tunggal sesuai untuk jenis pembungkusan bentuk iaitu pembungkusan mengikut bentuk produk dan masa yang diperlukan.
Penetapan harga juga akan dibuat semasa proses penyimpanan produk. Perletakan harga ini akan berlaku pengawalan akibat harga yang tidak ditetapkan. Pengawalan harga ini seperti senarai perubahan harga ketika barang diletakan dalam inventori. Tiket ‘picking’ dan pelekat harga kadang-kadang digabungkan ke dalam satu dokumen.


Seterusnya, fungsi gudang ialah membuat pengasingan barang-barang. Pengasingan mengikut kumpulan dipilih berdasarkan turutan individu dan pengumpulan diedarkan mengikut turutan harus dilakukan ketika sesebuah turutan mempunyai lebih daripada satu item dan pengumpulan tidak dilakukan semasa cabutan dibuat.

Akhir sekali, gudang berfungsi sebagai memaksimumkan penggunaan gudang dan penghantaran. Fungsi gudang dalam penghantaran adalah termasuk membuat semakan pesanan. Setiap pesanan akan disemak untuk memastikan setiap pesanan itu lengkap dan tidak terdapat sebarang kesilapan. Selain itu, barang-barang mestilah dibungkus di dalam kontena yang sesuai agar barang-barang tersebut tidak rosak. Fungsi ini juga melibatan penyediaan dokumen. Pihak gudang mestilah menyediakn dokumen yang sesuai termasuk senarai pembungkusan, alamat pembekal dan bill of lading. Penimbangan barang-barang juga dilakukan untuk menentukan harga atau kos penghantaran. Semua pesanan yang dikumpul akan diangkut oleh trak. Pengangkutan ini merupakan tanggungjawab penghantar.

No comments:

Post a Comment