Pages

Friday, February 18, 2011

Definisi gudang dan pergudangan


Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang  berkait dengan penyimpanan dan penstoran barang-barang di dalam gudang. Pergudangan ialah salah satu cabang perniagaan yang membantu melicinkan perjalanan perniagaan dengan sara penyimpanan dan penstoran (Loo Chee Kuang, 2007). Gudang dapat didefinisikan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang. Selain itu, gudang juga dapat ditakrifkan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan dengan cara yang selamat sehingga barang-barang tersebut diperlukan.

 Manakala pergudangan dapat didefinisikan sebagai aktiviti penyimpanan barang dengan selamat di gudang sehingga barang itu diperlukan di pasaran. Pergudangan adalah proses setelah produksi dimana peniaga terlibat dalam keputusan menyimpan atau tidak. Hal ini berkait dengan daya tahan produk, sifat produk serta pembiayaan aktiviti pergudangan. (Tineprilla, 1998).

Pergudangan berfungsi sebagai tempat menyimpan barang untuk pengeluaran atau hasil pengeluaran dalam jumlah dan jangka masa tertentu yang kemudian proses penghantaran barangan ke lokasi yang ditetapkan berdasarkan permintaan. Pengawalan amat diperlukan dalam aktiviti pergerakan barang dan dokumen untuk meningkatkan penggunaan pergudangan agar jumlah dan jangka masa barang disimpan dalam nilai minimum (Romailprincipe, 2009).

2 comments: