Pages

Tuesday, February 22, 2011

Jenis-jenis gudang

Gudang-gudang mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah gudang komoditi, gudang bulk storage, gudang penyetoran sejuk, gudang household good, gudang general merchandise dan gudang mini. 


Gudang komoditi merupakan gudang yang direka khas untuk menyimpan barang-barang komoditi seperti minyak dan beras. Gudang bulk storage pula merupakan gudang untuk menyimpan barang-barang dalam kuantiti yang banyak. Gudang general merchandise merupakan gudang untuk menyimpan barang dagangan. Gudang ini tidak mempunyai kemudahan yang khusus. Jenis gudang seterusnya ialah gudang mini. Gudang mini ialah gudang yang kecil yang direka khas untuk menyimpan barangan-barangan tertentu.


Jenis gudang seterusnya ialah gudang penyetoran sejuk. Gudang ini menyimpan barangan yang memerlukan kawalan suhu yang berterusan. Gudang ini dilengkapi alat penyejuk untuk menyimppan barang-barang tidak tahan lama. Contohnya ialah makanan seperti ikan serta aiskrim. Gudang jenis ini juga akan menyimpan barangan yang tidak tahan lama seperti buah-buahan, sayuran, telur dan mentega. Gudang ini biasanya terletak berdekatan pasar-pasar setempat, di jeti ikan, lapangan terbang, pelabuhan dan stesen kereta api. Gudang ini biasanya dimilikki oleh orang perseorangan atau syarikat untuk disewakan.

Seterusnya gudang household goods pula merupakan gudang untuk menyimpan barang-barang keperluan harian. Contohnya ialah gula, tepung dan sebagainya. Gudang ini biasanya dimiliki oleh peruncit besar-besaran seperti pasar raya, gedung aneka jabatan. Peruncit ini biasanya membeli barang-barang secara pukal terus dari pengeluar maka dia mesti mempunyai gudang sendiri. Fungsi gudang ini adalah untuk menyimpan stok yang dibeli secara pukal terus daripada pengeluar dan melakukan kerja-kerja memecah pukal, membungkus, menjenama serta meletakkan tanda harga.

Gudang pengilang adalah gudang yang dimiliki oleh pengilang atau pengeluar. Gudang ini berfungsi untuk menyimpan barang-barang seperti bahan mentah sebelum diprosese atau barang-barang separuh siap atau barang-barang siap. Gudang ini tidak akan disewakan kepada orang lain. Manakala gudang pemborong pula dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya. Fungsi gudang pemborong ialah menyimpan stok yang dibeli secara pukal daripada pelbagai pengilang atau pengeluar, melakukan kerja-kerja menyediakan barang-barang untuk dijual seperti memecah pukal, membungkus, menjenama dan membuat penimbangan. Selain itu, gudang ini juga berfungsi untuk mempamerkan pelbagai jenis barang untuk untuk pilihan peruncit.

Jenis gudang seterusnya ialah gudang bawa dan bayar. Gudang ini dikendalikan oleh pemborong yang menjual secara layan diri dan tunai kepada peruncit. Peruncit memilih sendiri barang-barang yang dikehendaki, membayar di kaunter pembayaran dan kemudian mengangkut barang-barang dengan kenderaan sendiri. Barang-barang dijual dengan harga yang murah kerana tiada kemudahan kredit, tiada kemudahan pengangkutan, belian secara pukal dan kos sewa rendah kerana gudang ini terletak dikawasan yang murah sewanya dan premis tidak dihias.
Gudang kerajaan pula merupakan gudang yang dimiliki oleh kerajaan atau badan berkanun. Ia terletak di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen-stesen keretapi. Gudang kerajaan ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan bagi peniaga menyimpan barang-barang yang telah menjelaskan cukai tetapi belum bersedia untuk mengambil barang-barang tersebut. Contoh, gudang LPN ysng mengadakan stok penimbal beras untuk menjamin bekalan beras mencukupi sepanjang tahun serta mengawal kestabilan harga beras.

Gudang berbon pula merupakan gudang yang digunakan untuk menyimpan barang-barang import yang cukainya belum dijelaskan. Terdapat dua jenis gudang berbon iaitu Gudang Kastam dan Gudang Berlesen. Gudang Kastam yang dimiliki oleh kerajaan dan terletak di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais. Gudang Berlesen yang dimiliki oleh pihak swasta. Ia di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais. Pemilik gudang menandatangi satu perjanjian (bon) dengan Pihak Kastam yang melarang barang-barang di bawa keluar dari gudang itu sebelum cukainya dijelaskan. Tindakkan ini dikenali sebagai "Meletakkan barang-barang di dalam bon". Semasa barang berada dalam gudang berbon, pemilik barang dibenarkan masuk bagi menyediakan barang-barang untuk dijual (seperti menggred, menimbang, membungkus menjenamadsb.) Pemilik barang-barang boleh mencagarkan barang-barang dalam gudang berbon untuk mendapatkan pinjaman tanpa menyerahkan barang-barang berkenaan. Caj sewa dikenakan bagi menggunakan ruang-ruang dalam gudang. Ia juga digunakan bagi menyimpan barang-barang import yang menunggu untuk dieksport semula ke negara-negara lain. Penggunaan gudang ini dapat mengelakkan pembayaran cukai import semasa barang-barang diimport dan tuntutan bayaran duti import apabila barang-barang dieksport semula.

Fungsi-fungsi Gudang Berbon ialah menyediakan tempat untuk menyimpan barang-barang import sehingga duti import dibayar ataupun dieksport semula. Gudang berbon ialah memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais meneliti kemasukan barang-barang asing ke dalam negara dan mengutip duti kastam. Seterusnya gudang berbon juga berfungsi untuk memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai barangan eksport dan import. Akhir sekali, gudang berbon berfungsi untuk memudahkan kegiatan perniagaan kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh disiapkan untuk dijual atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman.


Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pihak Kerajaan ialan membantu kerajaan memungut cukai serta mencegah perbuatan mengelakkan cukai dan membolehkan kerajaan mengumpul data tentang import dan eksport. Data ini dapat membantu kerajaan menyelaraskan import dan eksport. Gudang berbon menggalakkan perniagaan import, eksport dan entreport dijalankan kerana pembayaran duti kastam boleh ditangguhkan. Gudang berbon membantu Pihak kastam mengawal dan memeriksa barang-barang import dan eksport. Kemasukan barang haram dapat dikawal.

Kepentingan Gudang Berbon kepada peniaga ialah membolehkan pembayaran cukai ditangguhkan. Peniaga hanya perlu membayar cukai ke atas barang-barang yang dibawa keluardaripada gudang berbon sahaja. Selain itu, ia dapat memudahkan barang-barang dijual kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh dijual sekali gus atau sedikit-sedikit. Pembayaran cukai akan ditanggung oleh pembeli sendiri. Gudang Berbon juga membolehkan barang-barang disiapkan untuk dijual. Semasa barang-barang berada di dalam gudang berbon, peniaga boleh memeriksa dan menjalankan kerja-kerja seperti memecah pukal, menggred, membungkus, dan menjenama. Barang-barang di dalam gudang berbon boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman. Ini dilakukan dengan mencagar Waran Gudang. Selain itu, ia dapat membantu aktiviti perniagaan entreport. Gudang berbon digunakan untuk menyimpan barang-barang yang diimport untuk dieksport semula apabila kapal tiba. Dengan ini peniaga dapat mengelakkan daripada membayar duti kastam.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengilang (Pengeluar) ialah membolehkan bayaran duti ditangguhkan. Ini kerana pengilang boleh menangguhkan pembayaran duti import ke atas bahan mentah yang diimport. Duti hanyadibayar ke atas bahan-bahan mentah yang dikeluarkan sahaja. Kerja-kerja peringkat akhir dapat dijalankan seperti membersih, memotong, menimbang dan mengukur bahan-bahan mentah di dalam gudang sebelum dibawa keluar ke kilang. Ia dapat menjamin pengilang mendapatkan pasaran tetap daripada pengimport asing kerana barang-barang yang diimport boleh disimpan di dalam gudang berbon dan tidak perlu membayar duti dengan serta-merta. Ini menggalakkan mereka membeli lebih banyak. Pengeluaran boleh dilakukan secara besar-besaran kerana pengilang boleh mendapat pesanan tetap daripada pengimport-pengimport asing. Ini akan meningkatkan jualan dan keuntungan.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengeksport ialah membantu menyelesaikan masalah pergudangan kerana barang-barang untuk dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon. Barang-barang tempatan yang akan dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon untuk mengelakkan pembayaran duti eksais. Apabila barang-barang buatan tempatan yang akan dieksport disimpan dalam gudang berbon, duti eksais tidak perlu dibayar. Penelakkan pembayaran duti ini mengelakkan modal kerja daripada terikat sebagai duti. Modal kerja ini boleh digunakan untuk kegunaan lain. Selain itu, ia dapat membantu perniagaan entreport. Gudang berbon memudahkan pengeksport menjalankan perniagaan entreport kerana barang-barang boleh diimport untuk dieksport semula tanpa membayar duti.  Semasa dalam bon barang-barang itu dapat disiapkan untuk dieksport semula.

1 comment: